Wednesday, January 28, 2009

Assalamualaikum

Seminggu yang lepas (21 Jan (24 Muharam) ~ 1.30pm) saya telah kehilangan ayah yang dikasihi... beliau meninggal kerana sakit tua. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menguruskan jenazah dari awal sehinggalah dikebumikan dan kepada mereka-mereka yang bersama-sama membacakan doa semasa kenduri arwah yang dibuat tempoh hari. Terima kasih yang tak terhingga juga diberikan kepada viewers yang turut mendoakan kesejahteraan roh beliau atau membacakan/sedekahkan 'qulhuallah.. atau 'al fatihah..' ke atas arwah. Hanya tuhan jua yang dapat membalas budi kebaikan yang diberikan oleh tuan-tuan semua. Di kesempatan ini juga saya bagi pihak arwah ayah saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya semasa hidup beliau ada melakukan apa-apa kesalahan... kepada sesiapa yang mengenalinya, sekiranya arwah ada berhutang apa-apa semasa hayatnya haraplah dihalalkan.. ataupun sekiranya ingin membuat tuntutan, kami adik beradik akan berbincang untuk cuba menyelesaikannya. Disebelah ini adalah gambar arwah dan ibu saya yang diambil semasa hari raya tahun lepas. Ajal dan maut itu sesuatu yang telah ditetapkan.... sampai masanya, kita pula yang akan dijemput olehnya.. apa pun perjalanan kita masih perlu diteruskan. Saya kira masih beruntung kerana ibu masih ada.... sekarang ni kena selalu balik tg karang untuk jengok mak yang duduk dengan adik di kampung...


Wednesday, January 14, 2009

Assalamualaikum Viewers...

Rasanya dah lama tak update blog ni... (baru seminggu je...), bukan apa, tak de idea baru nak citer... lagi pun agak sibuk sikit kebelakangan ni... Maklum la kerja gomen ni kekadang sibuk tak menentu dah kalau free tu... free sangat!! Nak kata tak jengok laman ni tak jugak... hari-hari gak bukak tapi sekadar nak tengok komen-komen dari rakan2.. dan tengok blog rakan2 yang lain tu, kot2 ada perkembangan @pengumuman yang terkini..
Betul gak kata Nuar tu.., baik buat new post kalau nak komen apa2, ada gak ter update blog ni...

Tghari ni ada free sikit.... sementara nak cari idea nak prepare paper untuk dibentangkan petang esok dalam 'Seminar Pengawasan & Keselamatan Kebakaran Di Bangunan' yang dianjurkan oleh JBP Negeri Sembilan di Klana Resort, Seremban. Itu lah salah satu dari kerja gua.. kekadang ada negeri yang mintak jadi speaker untuk seminar yang dianjurkan oleh Bomba di negeri2...

Saya ni kata je kerja bomba ye... tapi x tunjuk lagi pakai pakaian seragam!! Dalam bomba ni ada banyak jenis pakaian... ada baju uniform kerja, baju operasi (melawan kebakaran), baju celoreng dan macam-macam lagi... tapi biasanya aku di opis pakai pakaian biasa je... melainkan kalau ada function Bomba, baru le kena pakai uniform lengkap!!!

Ni gambar aku masa pakai pakaian No 4 (celoreng)... masa tu, ada pertandingan kawad kebombaan yang kami buat di pusat latihan bomba di Wakaf Tapai, Trganu.
cukup dulu setakat ni ye... nanti kalau ada respond yang memberangsangkan dari member2, aku akan citerkan pengalaman2 bekerja dengan bomba yang dah lebih 20 tahun ni...

Thursday, January 8, 2009

Kenangan Mengusik Jiwa 2

Masih kuat lagi ingatan Mat 09 ni. (?.. boleh perkenalkan diri) Kebanyakan gambar-gambar lama yang saya paparkan dah terlupa pun insiden yang berlaku disebaliknya.. cuma yang terkenang kes-kes yang benar-benar berat seperti...-pada diri saya sendiri- kena public caning... - (takdan nak pakai sepender).. kena kantoi keluar asrama.. bila nak masuk balik, prefect dah tunggu kat pagar... (last-last tidur kat luar..), ada satu malam tu masa nak ambik SPM - yang lain-lain tu dah cuti sekolah, kena kantoi dek polis kat Sekolah Jalan Gurney... cadangnya malam tu nak curi rambutan.... sapa nama pembantu cikgu ghani pada masa tu?? dah lupa dah namanya - nasib baik dia settle ngan polis tu.... kalau x, ambik SPM dalam lokap!! (fadhel ada skali malam tu.. yang lain-lain siapa ha..?), kena rendam dalam kolah pada jam 3 pagi ngan zulkifli mutalib pasal suruh mengaku minum 'sandy' - tapi tak mengaku gak... he he he...
ada satu kes lagi masa cikgu ghani mengamuk tibai kita (B 1) dengan rotan pasal tak masuk tuition malam... ah..ah.. macam2 lagi la..... sesiapa yang ada terlibat bersama saya pada masa-masa tu masih ingat lagi kot!!.. kalau ada yang terlibat... report lah kat sini.. boleh dapat balik dipenuhi kenangan tu... apa pun.. itu dulukan, semuanya telah menjadi kenangan, seronok juga kalau dapat recall balik memory lama ni....
Amacam yang lain-lain tu... tak teringin ke nak cerita dan kongsi bersama kenangan-kenangan lama.. banyak lagi kot kenangan sahabat-sahabat yang lain.!!!

Kat bawah ni beberapa lagi gambar-gambar lama... tahun, function, ects.. dah tak boleh recall balik..







saya ni kerja ngan gomen... time opis ni banyak masa nak ekses internet.... sampai jumpa lagi !!!
Wassalam.