Tuesday, March 10, 2009

Suatu Kisah Untuk Renungan



Sempena Menyambut Maulidur Rasul saya nak kisahkan citer seorang rakan


Suatu Kisah Untuk Renungan Bersama

System kat ofis aku down - 2.30am and aku still kat ofis. Sementara tunggu system up balik, aku nak share something interesting happened to me last nite kat ofis.

Semalam, aku stay back macam biasa utk habiskan keje. Tgh duk lepak-lepak benti rehat sekejap, datang sorang pak gad nih. Indian age dalam 50+ tapi still kuat coz dia dulu secret service utk kerajaan Sarawak . Body guard aa kira. Dia pon maybe tgh boring coz kitorg dorang je yg ada kat floor nih. Dia dtg borak - and aku layan la macam biasa.


Then suddenly dia tanya gaji aku. (uikss.. apsal lak nih?) Then aku cakap la, adala sikit-sikit lepas utk diri sendri and family. (takut gak dia nak pow ke or mintak duit ker...)

Then dia tanya, ada bagi kat mak aku dak.. aku kata la ada... bapak? (aku diam kejap coz aku mmg tak kasik kat bapak aku - aku only kasik kat mak aku and assuming dia sbg finance minister akan distribute la duit-duit tu ke mana-mana channel yg sepatutnya).

Then dia tanya lagik. Aku pon slowwwwwwww jer jawab... tak.

Dia pon cakap kenapa tak and aku pon explain la why.

Then dia cerita, "u tau ka, bila u kasik sama u punya bapak, dia punya rasa lain u tau ka...

Saya sbg bapak aaa, bila anak kasik saya wang aaaa, saya rasa satu macam punya lain."

aku pon dengar jer la... then mata dia berair...

Dia kata bila anak dia kasik duit dekat dia, "I felt like im flying in the sky!"

Masa dia cerita tu, siap dia cakap "sekarang saya cerita pon aaaa, bulu roma saya sudah naik, rasa satu macam laaa..."

Aku pon teros tingat kat bapak aku.

Though dia masih ada and still makan duit pencen, aku terpikir yg aku tak penah kasik duit direk kat dia.

Dan tiba-tiba aku pon sebak rasa macam nak nangis bila teringat kat bapak aku. Dulu masa dia kerja, dia selalu kasik duit kat aku masa aku belajar. Skrg aku dah keje dan dia tak, kenapa laaaa aku tak hulur sikit kat dia.

Aku rasa yg aku dah bagi kat family cukup - tapi tidak!

Guard tu tgk kat mata aku and cakap "u kasik u punya mak, lain cerita. tapi kalau u kasik u punya bapak wang aaa.. dia misti rasa happy.

Saya mula dapat wang dari anak aaa, walaupun saya ada gaji aaa.. saya nangis.

Nangis gembira u tau! Itu malam saya tableh tido.
U ada wang, u kasik la sama u punya bapak direk.

Nanti u tgk apa dia rasa. Tada-tada wang, 50 suda cukup."

Malam tu aku sedih, dan gembira. Sedih sbb teringat kan kesilapan aku dan gembira sbb aku dapat dua pengajaran dekat sini.

Yg pertama, walau siapa pon kita, dengarlah nasihat org-org di "bawah" kita .

Kadang-kala, nasihat itu menjadi suatu yang amat berguna.

Dan yang kedua, sayangilah bapa anda. Hulurkan lah sedikit wang hasil penat lelah kita itu. Tak dapat banyak, sedikit pon tidak mengapa.

Kepada yang masih mempunyai bapa, sayangilah mereka sepenuhnya.

Peluk erat dan berikan satu senyuman istimewa buatnya.

Kepada yang tiada, hadiahkanlah bacaan al-fatihah serta panjatkanlah doa semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para mukminin..


_________________
Dari : 012-3633153

Aku ada exprience macam citer ni..... bab bagi duit kat mak bapak ni rasanya semua orang akan buat... tapi, kebanyakannya hanya akan bagi pada mak sahaja... sama le macam aku. kita ingatkan yang mak kita tu financal controller dan akan pass kat bapak sikit bahagian yang kita bagi.... until at once time, bila kami pergi kenduri kahwin, aku tengok tekial2 dia seluk poket dan keluarkan duit seringgit2... pass tu dia kena mintak kat mak untuk duit salam kenduri tu...,
After that, baru aku perasan yang tak semestinya duit yang kita bagi kat mak tu akan dikongsikan besama ngan bapak kita.. Lepas pada kejadian tu, bila balik kmpg, aku bagi dua bahagian yang ditetapkan... untuk pengetahuan kekawan!!! masa bagi tu... biar mak x nampak... kerana kalau dia nampak, duit yang dapat kat bapak tu pun akan diambik sebaik kita dah balik... ini kejadian yang terjadi pada diri saya sendiri... - mungkin keluarga saya je..
Apa pun... dari insiden yg dialami oleh pak guard tu, rasanya dialami sendiri oleh arwah bapak saya.. memang la dia tak citerkan terus pada kita... tapi rasa2nya ada kebenarannya... Kita semuapun kalau ada umur akan merasainya.........