Monday, July 6, 2009

Kenangan silam... reunion

Assalamualaikum Kekawan...

Kali ni dah lama betul tak update posting saya nie.... bukanya sibuk sangat.... tapi x da apa yang ndak diciterkan... apa pun,


Kali ni saya nak berkongsi gambar2 yang diambil semasa kami berjumpa semula.... setelah masing2 berumur 46 tahun....
bersama2 nie disertakan gambar2 kami yang boleh dilayari... semasa perjumpaan tersebut diadakan di Asrama Tun Dr Ismail (ATDI), Yayaan selangor.
http://s677.photobucket.com/albums/vv135/adl80/reunion%2009/
+
+

Beginilah rupa kami semasa berumur 15 - 16 tahun semasa menjadi penghuni Asrama Doktor Latif..

sekian wassalam untuk kali ini... x tau pulak bila ndak masuk semula.... harap2 ada citer baru....

Tuesday, March 10, 2009

Suatu Kisah Untuk Renungan



Sempena Menyambut Maulidur Rasul saya nak kisahkan citer seorang rakan


Suatu Kisah Untuk Renungan Bersama

System kat ofis aku down - 2.30am and aku still kat ofis. Sementara tunggu system up balik, aku nak share something interesting happened to me last nite kat ofis.

Semalam, aku stay back macam biasa utk habiskan keje. Tgh duk lepak-lepak benti rehat sekejap, datang sorang pak gad nih. Indian age dalam 50+ tapi still kuat coz dia dulu secret service utk kerajaan Sarawak . Body guard aa kira. Dia pon maybe tgh boring coz kitorg dorang je yg ada kat floor nih. Dia dtg borak - and aku layan la macam biasa.


Then suddenly dia tanya gaji aku. (uikss.. apsal lak nih?) Then aku cakap la, adala sikit-sikit lepas utk diri sendri and family. (takut gak dia nak pow ke or mintak duit ker...)

Then dia tanya, ada bagi kat mak aku dak.. aku kata la ada... bapak? (aku diam kejap coz aku mmg tak kasik kat bapak aku - aku only kasik kat mak aku and assuming dia sbg finance minister akan distribute la duit-duit tu ke mana-mana channel yg sepatutnya).

Then dia tanya lagik. Aku pon slowwwwwwww jer jawab... tak.

Dia pon cakap kenapa tak and aku pon explain la why.

Then dia cerita, "u tau ka, bila u kasik sama u punya bapak, dia punya rasa lain u tau ka...

Saya sbg bapak aaa, bila anak kasik saya wang aaaa, saya rasa satu macam punya lain."

aku pon dengar jer la... then mata dia berair...

Dia kata bila anak dia kasik duit dekat dia, "I felt like im flying in the sky!"

Masa dia cerita tu, siap dia cakap "sekarang saya cerita pon aaaa, bulu roma saya sudah naik, rasa satu macam laaa..."

Aku pon teros tingat kat bapak aku.

Though dia masih ada and still makan duit pencen, aku terpikir yg aku tak penah kasik duit direk kat dia.

Dan tiba-tiba aku pon sebak rasa macam nak nangis bila teringat kat bapak aku. Dulu masa dia kerja, dia selalu kasik duit kat aku masa aku belajar. Skrg aku dah keje dan dia tak, kenapa laaaa aku tak hulur sikit kat dia.

Aku rasa yg aku dah bagi kat family cukup - tapi tidak!

Guard tu tgk kat mata aku and cakap "u kasik u punya mak, lain cerita. tapi kalau u kasik u punya bapak wang aaa.. dia misti rasa happy.

Saya mula dapat wang dari anak aaa, walaupun saya ada gaji aaa.. saya nangis.

Nangis gembira u tau! Itu malam saya tableh tido.
U ada wang, u kasik la sama u punya bapak direk.

Nanti u tgk apa dia rasa. Tada-tada wang, 50 suda cukup."

Malam tu aku sedih, dan gembira. Sedih sbb teringat kan kesilapan aku dan gembira sbb aku dapat dua pengajaran dekat sini.

Yg pertama, walau siapa pon kita, dengarlah nasihat org-org di "bawah" kita .

Kadang-kala, nasihat itu menjadi suatu yang amat berguna.

Dan yang kedua, sayangilah bapa anda. Hulurkan lah sedikit wang hasil penat lelah kita itu. Tak dapat banyak, sedikit pon tidak mengapa.

Kepada yang masih mempunyai bapa, sayangilah mereka sepenuhnya.

Peluk erat dan berikan satu senyuman istimewa buatnya.

Kepada yang tiada, hadiahkanlah bacaan al-fatihah serta panjatkanlah doa semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para mukminin..


_________________
Dari : 012-3633153

Aku ada exprience macam citer ni..... bab bagi duit kat mak bapak ni rasanya semua orang akan buat... tapi, kebanyakannya hanya akan bagi pada mak sahaja... sama le macam aku. kita ingatkan yang mak kita tu financal controller dan akan pass kat bapak sikit bahagian yang kita bagi.... until at once time, bila kami pergi kenduri kahwin, aku tengok tekial2 dia seluk poket dan keluarkan duit seringgit2... pass tu dia kena mintak kat mak untuk duit salam kenduri tu...,
After that, baru aku perasan yang tak semestinya duit yang kita bagi kat mak tu akan dikongsikan besama ngan bapak kita.. Lepas pada kejadian tu, bila balik kmpg, aku bagi dua bahagian yang ditetapkan... untuk pengetahuan kekawan!!! masa bagi tu... biar mak x nampak... kerana kalau dia nampak, duit yang dapat kat bapak tu pun akan diambik sebaik kita dah balik... ini kejadian yang terjadi pada diri saya sendiri... - mungkin keluarga saya je..
Apa pun... dari insiden yg dialami oleh pak guard tu, rasanya dialami sendiri oleh arwah bapak saya.. memang la dia tak citerkan terus pada kita... tapi rasa2nya ada kebenarannya... Kita semuapun kalau ada umur akan merasainya.........

Wednesday, February 18, 2009

JBPM (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

Assalamualaikum Viewers

Kali ni memang terasa lama betul tak update blog ni..., Sepanjang tempoh lalu agak sibuk sikit, agi pun tak de citer baru yang nak dibuat.... Sejak ada blog sendiri ni, bila pergi kemana-mana tu, cuba gak ambik gambar2 yang menarik... masalahnya, x boleh ambik gambar sendiri!! ambik gambar orang lain buat apa... lagi pun, terasa macam orang pandang semacam je - 'apa hal mamat ni ambik gambar je kerja dia....' (ini mungkin perasan aku je...., tapi begitulah yang aku fikirkan bila tengok org lain yang dok tangkap gambar)

Kali ni aku muatkan gambar fire fighting boat yang JBPM ada... x le secanggih yang ada kat
overseas tu.. kami punya ni bukan buat rondaan setiap masa di laut... bila diperlukan baru kami gerakkan ia untuk ke tempat kejadian. Sekarang ni bukan ke AMM dah ada...!!!, (dan banyak lagi agensi2 penguatkuasaan di laut) kurang le sikit kami buat rondaan menggunakan bot tu.., lagi pun tugas kami cuma untuk memadamkan kebakaran dan menyelamat je.... pasal penguatkuasaan undang2 di laut tu... bomba x de kuasa.
Bila citer pasal undang2 ni... banyak orang tidak tahu yang JBPM pun sebenarnya ada peruntukan undang2 sendiri (Akta 341 - Akta Perkhidmatan Bomba 1988). Jangan pulak tekejut nanti bila ada terima saman dari bomba.. tapi kalau x buat salah... apa nak dikuatirkan. Lagi pun apa-apa perlanggaran kesalahan di bawah peruntukan Akta Bomba ni, akan diberikan notis serta tempoh yang tertentu dahulu.. kalau masih degil x mahu patuhi, baru le di bawa ke mahkamah. Kami juga diberikan kuasa untuk mengeluarkan tawaran kompaun atas kesalahan-kesalahan yang tertentu... (yang berkaitan dengan keselamatan kebakaran) - bukan apa!!! nak jaga keselamatan kau orang gak la tu... supaya sesuatu bahaya kebakaran tu tidak menjadi suatu bencana yang lebih besar.... bak kata pepatah melayu " API, KECIL MENJADI KAWAN-BILA DAH BESAR MENJADI LAWAN". Macam2 program yang JBPM dah buat untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang keselamatan kebakaran.. biasa le orang kita ni...., bila belum kena pada diri sendiri, x ambil peduli pun.... kalau dah kena pun, lama-lama nanti tak ambil peduli gak!!!

Thursday, February 5, 2009

NAK JADI NELAYAN!!

Sebenornya posting kali ni bukan nak citer pasal jadi nelayan sangat!!! cuma nak sembang pasal laut sikit, pancing sikit, dsbnya yang berkaitan dengan laut la.... Malaysia ni dikelilingi oleh laut... cuma WPKL dan PUTRAJAYA je yang tak de pantai... lain2 negeri semuanya ada sempadan dengan laut.. nelayan ni kan tak boleh dipisahkan dengan LAUT.. Bukan apa... buat gimik sikit, barulah ada peminat dari pelbagai lapisan..

Bila citer bab nelayan ni..... PENGALAMAN!!! - ada la 2,3 kali ikut..... tak boleh dijadikan pengalaman..(x de pengalaman la tu.... orang yang bawak - kategori MACAI je...) masa mula kerja kat penang dulu tu.. kami ada bot, injin sangkut dan pukat udang.. ada gak pengalaman memukat udang dan memancing ikan kat sekitar pulau tu... Bila tiba air mati, kami pun sibuk la nak turun ke laut... labuh pukat untuk cari udang buat umpan memancing ikan.... Nelayan sebenar pun x buat kerja macam tu....

CITA-CITA!!!! - nelayan moden la beb.... - ada gak sikit-sikit..., masa belajar dulu tu... ambik kursus marine engineering, teringin nak ada bot/kapal sendiri........ lastnya kerja BOMBA. (impian nak ada bot sendiri tu masih ada... - bukan yang macam americana punya tu..)

Gambar sebelah ni menunjukkan beberapa pelajar batch pertama
di UTM yang ambik diploma kursus tu.. rasanya x de sorang pun yang jadi nelayan.... yang terlibat dengan perkapalan ada kot!!!!


Dalam bomba ni pun kami ada fire fighting boat... tapi kurang establish la.. tak selalu digunakan - tak banyak kes kebakaran di laut.. bagi kerja-kerja di air ni, team SCUBA yang selalu digunakan untuk kerja-kerja menyelamat di air (biasanya ambil mayat je...) Kalau nak tau hal berkenaan dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.... rajin2 la melayari laman2 web bomba yang sediada..


Wednesday, January 28, 2009

Assalamualaikum

Seminggu yang lepas (21 Jan (24 Muharam) ~ 1.30pm) saya telah kehilangan ayah yang dikasihi... beliau meninggal kerana sakit tua. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menguruskan jenazah dari awal sehinggalah dikebumikan dan kepada mereka-mereka yang bersama-sama membacakan doa semasa kenduri arwah yang dibuat tempoh hari. Terima kasih yang tak terhingga juga diberikan kepada viewers yang turut mendoakan kesejahteraan roh beliau atau membacakan/sedekahkan 'qulhuallah.. atau 'al fatihah..' ke atas arwah. Hanya tuhan jua yang dapat membalas budi kebaikan yang diberikan oleh tuan-tuan semua. Di kesempatan ini juga saya bagi pihak arwah ayah saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya semasa hidup beliau ada melakukan apa-apa kesalahan... kepada sesiapa yang mengenalinya, sekiranya arwah ada berhutang apa-apa semasa hayatnya haraplah dihalalkan.. ataupun sekiranya ingin membuat tuntutan, kami adik beradik akan berbincang untuk cuba menyelesaikannya. Disebelah ini adalah gambar arwah dan ibu saya yang diambil semasa hari raya tahun lepas. Ajal dan maut itu sesuatu yang telah ditetapkan.... sampai masanya, kita pula yang akan dijemput olehnya.. apa pun perjalanan kita masih perlu diteruskan. Saya kira masih beruntung kerana ibu masih ada.... sekarang ni kena selalu balik tg karang untuk jengok mak yang duduk dengan adik di kampung...


Wednesday, January 14, 2009

Assalamualaikum Viewers...

Rasanya dah lama tak update blog ni... (baru seminggu je...), bukan apa, tak de idea baru nak citer... lagi pun agak sibuk sikit kebelakangan ni... Maklum la kerja gomen ni kekadang sibuk tak menentu dah kalau free tu... free sangat!! Nak kata tak jengok laman ni tak jugak... hari-hari gak bukak tapi sekadar nak tengok komen-komen dari rakan2.. dan tengok blog rakan2 yang lain tu, kot2 ada perkembangan @pengumuman yang terkini..
Betul gak kata Nuar tu.., baik buat new post kalau nak komen apa2, ada gak ter update blog ni...

Tghari ni ada free sikit.... sementara nak cari idea nak prepare paper untuk dibentangkan petang esok dalam 'Seminar Pengawasan & Keselamatan Kebakaran Di Bangunan' yang dianjurkan oleh JBP Negeri Sembilan di Klana Resort, Seremban. Itu lah salah satu dari kerja gua.. kekadang ada negeri yang mintak jadi speaker untuk seminar yang dianjurkan oleh Bomba di negeri2...

Saya ni kata je kerja bomba ye... tapi x tunjuk lagi pakai pakaian seragam!! Dalam bomba ni ada banyak jenis pakaian... ada baju uniform kerja, baju operasi (melawan kebakaran), baju celoreng dan macam-macam lagi... tapi biasanya aku di opis pakai pakaian biasa je... melainkan kalau ada function Bomba, baru le kena pakai uniform lengkap!!!

Ni gambar aku masa pakai pakaian No 4 (celoreng)... masa tu, ada pertandingan kawad kebombaan yang kami buat di pusat latihan bomba di Wakaf Tapai, Trganu.
cukup dulu setakat ni ye... nanti kalau ada respond yang memberangsangkan dari member2, aku akan citerkan pengalaman2 bekerja dengan bomba yang dah lebih 20 tahun ni...

Thursday, January 8, 2009

Kenangan Mengusik Jiwa 2

Masih kuat lagi ingatan Mat 09 ni. (?.. boleh perkenalkan diri) Kebanyakan gambar-gambar lama yang saya paparkan dah terlupa pun insiden yang berlaku disebaliknya.. cuma yang terkenang kes-kes yang benar-benar berat seperti...-pada diri saya sendiri- kena public caning... - (takdan nak pakai sepender).. kena kantoi keluar asrama.. bila nak masuk balik, prefect dah tunggu kat pagar... (last-last tidur kat luar..), ada satu malam tu masa nak ambik SPM - yang lain-lain tu dah cuti sekolah, kena kantoi dek polis kat Sekolah Jalan Gurney... cadangnya malam tu nak curi rambutan.... sapa nama pembantu cikgu ghani pada masa tu?? dah lupa dah namanya - nasib baik dia settle ngan polis tu.... kalau x, ambik SPM dalam lokap!! (fadhel ada skali malam tu.. yang lain-lain siapa ha..?), kena rendam dalam kolah pada jam 3 pagi ngan zulkifli mutalib pasal suruh mengaku minum 'sandy' - tapi tak mengaku gak... he he he...
ada satu kes lagi masa cikgu ghani mengamuk tibai kita (B 1) dengan rotan pasal tak masuk tuition malam... ah..ah.. macam2 lagi la..... sesiapa yang ada terlibat bersama saya pada masa-masa tu masih ingat lagi kot!!.. kalau ada yang terlibat... report lah kat sini.. boleh dapat balik dipenuhi kenangan tu... apa pun.. itu dulukan, semuanya telah menjadi kenangan, seronok juga kalau dapat recall balik memory lama ni....
Amacam yang lain-lain tu... tak teringin ke nak cerita dan kongsi bersama kenangan-kenangan lama.. banyak lagi kot kenangan sahabat-sahabat yang lain.!!!

Kat bawah ni beberapa lagi gambar-gambar lama... tahun, function, ects.. dah tak boleh recall balik..







saya ni kerja ngan gomen... time opis ni banyak masa nak ekses internet.... sampai jumpa lagi !!!
Wassalam.