Wednesday, February 18, 2009

JBPM (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

Assalamualaikum Viewers

Kali ni memang terasa lama betul tak update blog ni..., Sepanjang tempoh lalu agak sibuk sikit, agi pun tak de citer baru yang nak dibuat.... Sejak ada blog sendiri ni, bila pergi kemana-mana tu, cuba gak ambik gambar2 yang menarik... masalahnya, x boleh ambik gambar sendiri!! ambik gambar orang lain buat apa... lagi pun, terasa macam orang pandang semacam je - 'apa hal mamat ni ambik gambar je kerja dia....' (ini mungkin perasan aku je...., tapi begitulah yang aku fikirkan bila tengok org lain yang dok tangkap gambar)

Kali ni aku muatkan gambar fire fighting boat yang JBPM ada... x le secanggih yang ada kat
overseas tu.. kami punya ni bukan buat rondaan setiap masa di laut... bila diperlukan baru kami gerakkan ia untuk ke tempat kejadian. Sekarang ni bukan ke AMM dah ada...!!!, (dan banyak lagi agensi2 penguatkuasaan di laut) kurang le sikit kami buat rondaan menggunakan bot tu.., lagi pun tugas kami cuma untuk memadamkan kebakaran dan menyelamat je.... pasal penguatkuasaan undang2 di laut tu... bomba x de kuasa.
Bila citer pasal undang2 ni... banyak orang tidak tahu yang JBPM pun sebenarnya ada peruntukan undang2 sendiri (Akta 341 - Akta Perkhidmatan Bomba 1988). Jangan pulak tekejut nanti bila ada terima saman dari bomba.. tapi kalau x buat salah... apa nak dikuatirkan. Lagi pun apa-apa perlanggaran kesalahan di bawah peruntukan Akta Bomba ni, akan diberikan notis serta tempoh yang tertentu dahulu.. kalau masih degil x mahu patuhi, baru le di bawa ke mahkamah. Kami juga diberikan kuasa untuk mengeluarkan tawaran kompaun atas kesalahan-kesalahan yang tertentu... (yang berkaitan dengan keselamatan kebakaran) - bukan apa!!! nak jaga keselamatan kau orang gak la tu... supaya sesuatu bahaya kebakaran tu tidak menjadi suatu bencana yang lebih besar.... bak kata pepatah melayu " API, KECIL MENJADI KAWAN-BILA DAH BESAR MENJADI LAWAN". Macam2 program yang JBPM dah buat untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang keselamatan kebakaran.. biasa le orang kita ni...., bila belum kena pada diri sendiri, x ambil peduli pun.... kalau dah kena pun, lama-lama nanti tak ambil peduli gak!!!

8 comments:

  1. kalau terbakar kebun sendiri kena saman tak......

    dulu masa kecik, aku tolong bakar sampah kat kebun atok aku.....

    atok dah warning tapi biasalah degil...

    last-last setengah kebun terbakar

    aku cabut, dekat maghrib baru balik

    siap panggil bomba lagi......

    ReplyDelete
  2. Aku hari2 dok BAKAR SECARA TERBUKA semangat student aku kena saman gak. Hai....runsing gak aku manalah tau kena saman dibawah Akta 341 - Akta Perkhidmatan Bomba 1988. Dah semangat dia org terbakar, jgn kau pancut air padamkan semngat dia org plak, penat je aku hari2 sampai berbuih mulut bakar semngat dia org. Klu bleh aku nak dia org jd pandai mcm Abu Bakar. Emm.... Abu Bakar tak kena saman?

    ReplyDelete
  3. Jef:- kalau ikut Akta Bomba, melakukan pembakaran terbuka boleh di kenakan penalti denda tidak melebihi RM100.00 atau dipenjara tidak lebih dari 6 bulan @ kedua2nya sekali... TAPI kalau rujuk pada Akta Kualiti Alam Sekitar yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) boleh dikenakan penalti denda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun @ kedua2nya sekali atau boleh dikenakan kompaun maksima RM2,000.00....kau kira nasib baik pasal panggil bomba, boleh tolong padam api tu..., kalau ada yang report kat JAS, boleh terjual kebun atok kau tu untuk bayar saman. he he hee....
    Untuk pengetahuan, bagi pengawalan pembakaran terbuka ni, pihak berkuasa tempatan pun ada peruntukan perundangan untuk mengawalnya.. dan pembakaran terbuka ni pun ada bermacam2 jenis.

    ReplyDelete
  4. KamalCD:- Yang hari-hari kau bakar tu x termasuk dalam tafsiran mana2 undang2 pun kat malaysia ni.... pada aku itu dikira sebagai satu amal jariah sekiranya digunakan utk tujuan kebaikan... bebaloi jugak mulut berbuih (jangan sampai air liur berjejeh).... tapi kalau sebaliknya, kau pun dapat syer sikit.

    ReplyDelete
  5. Don kau kenal tak pegawai bomba namanya Mohd Rodzi B Sulaiman org Sg Besar.

    ReplyDelete
  6. penandu banar... tampat gawian pun skali.. (HQ JBPM, taga opis lain2.. aku di Cyberjaya, dia di Putrajaya..) hanyar mulaan gawi kada penandu lagi, sebab ianyaa sekolah VI dan diam di asrama TTDI. Kauw kulaan ngan dia ka..!!!

    ReplyDelete
  7. Selamat menyambut bulan Ramadan Al- Mubarak Tuan...Semoga anggota-anggota kita tabah menjalankan tugas di bulan ini...semoga mendapat keberkatan daripada Allah A.w.t.

    ReplyDelete
  8. huhu ada juak org bisak besurah banjar kt cni ye. Saya pun banjar sg Bsr tapi kadak bisak banar besurah..maklumla lahir lewat jugak :)

    ReplyDelete