Assalamualaikum
Seminggu yang lepas (21 Jan (24 Muharam) ~ 1.30pm) saya telah kehilangan ayah yang dikasihi... beliau meninggal kerana sakit tua. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menguruskan jenazah dari awal sehinggalah dikebumikan dan kepada mereka-mereka yang bersama-sama membacakan doa semasa kenduri arwah yang dibuat tempoh hari. Terima kasih yang tak terhingga juga diberikan kepada viewers yang turut mendoakan kesejahteraan roh beliau atau membacakan/sedekahkan 'qulhuallah.. atau 'al fatihah..' ke atas arwah. Hanya tuhan jua yang dapat membalas budi kebaikan yang diberikan oleh tuan-tuan semua. Di kesempatan ini juga saya bagi pihak arwah ayah saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya semasa hidup beliau ada melakukan apa-apa kesalahan... kepada sesiapa yang mengenalinya, sekiranya arwah ada berhutang apa-apa semasa hayatnya haraplah dihalalkan.. ataupun sekiranya ingin membuat tuntutan, kami adik beradik akan berbincang untuk cuba
menyelesaikannya. Disebelah ini adalah gambar arwah dan ibu saya yang diambil semasa hari raya tahun lepas. Ajal dan maut itu sesuatu yang telah ditetapkan.... sampai masanya, kita pula yang akan dijemput olehnya.. apa pun perjalanan kita masih perlu diteruskan. Saya kira masih beruntung kerana ibu masih ada.... sekarang ni kena selalu balik tg karang untuk jengok mak yang duduk dengan adik di kampung...
Aku hadiahkan Al Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Yang hidup pasti mati. Bersabar banyak2, kalu masih ada ibu dan bapa jaga lah mereka sebaik2nya.
ReplyDelete