Masih kuat lagi ingatan Mat 09 ni. (?.. boleh perkenalkan diri) Kebanyakan gambar-gambar lama yang saya paparkan dah terlupa pun insiden yang berlaku disebaliknya.. cuma yang terkenang kes-kes yang benar-benar berat seperti...-
pada diri saya sendiri- kena public caning... - (takdan nak pakai sepender).. kena kantoi keluar asrama.. bila nak masuk balik, prefect dah tunggu kat pagar... (last-last tidur kat luar..), ada satu malam tu masa nak ambik SPM - yang lain-lain tu dah cuti sekolah, kena kantoi dek polis kat Sekolah Jalan Gurney... cadangnya malam tu nak curi rambutan.... sapa nama pembantu cikgu ghani pada masa tu?? dah lupa dah namanya - nasib baik dia settle ngan polis tu.... kalau x, ambik SPM dalam lokap!! (fadhel ada skali malam tu.. yang lain-lain siapa ha..?), kena rendam dalam kolah pada jam 3 pagi ngan zulkifli mutalib pasal suruh mengaku minum 'sandy' - tapi tak mengaku gak... he he he...
ada satu kes lagi masa cikgu ghani mengamuk tibai kita (B 1) dengan rotan pasal tak masuk tuition malam... ah..ah.. macam2 lagi la..... sesiapa yang ada terlibat bersama saya pada masa-masa tu masih ingat lagi kot!!.. kalau ada yang terlibat... report lah kat sini.. boleh dapat balik dipenuhi kenangan tu... apa pun.. itu dulukan, semuanya telah menjadi kenangan, seronok juga kalau dapat recall balik memory lama ni....
Amacam yang lain-lain tu... tak teringin ke nak cerita dan kongsi bersama kenangan-kenangan lama.. banyak lagi kot kenangan sahabat-sahabat yang lain.!!!
Kat bawah ni beberapa lagi gambar-gambar lama... tahun, function, ects.. dah tak boleh recall balik..





saya ni kerja ngan gomen... time opis ni banyak masa nak ekses internet.... sampai jumpa lagi !!!
Wassalam.
HAI ADON, TAHNIAH LE PASAL DAPAT MEMBUAT BLOG SENDIRI SECARA TAK SENGAJA HA HA HA.....TU LAH KALAU RAJIN MAIN IT NI LAMA2 JADI PANDAI GAK, TAK LAMA LAGI JADI PAKAR PULAK HE2.MAT09 TU AKU LAA ANUAR PASAL KEKADANG KWN2 PANGGIL NUAR, KADANG PANGGIL MAT.
ReplyDeleteTak sangka plak kau Nuar.. mula-mula aku ingatkan Rahmat Ramli ke....
ReplyDeleteBTW, siapa pulak mas09 tu... kau jugak ke...
Siapa yang nyanyi lagu tu... atau belum dirakamkan lagi.. Cantik gak liriknya..
Don, mana isi blog kau ni lagi?? malas nak tambah kot. Tulis lagi cerita2 lama masa kat ADL, mesti ramai member nak tumpang bernostalgia......
ReplyDeletenuar
A'kum Nuar,.. dalam minggu ni agak sibuk sikit kat opis dan tak de masa nak mautkan gambar-gambar lagi... ini kat umah ni, kalau kat opis tu.. laju sikit nak download.. mon & tue ni ada bengkel kat Fire & Rescue Academy Malayia (FRAM), KKB.. aku cuba contact Ajax kalau ada free nanti..
ReplyDeleteOoooo... kau jugak la mas09 tu ye..
Buat sahabat-sahabat yg lain tu... X kan tengok je... kalau ada dalam gambar atau yang terlibat dalam cerita aku tu... ceritakanlah apa kenangan yang berkaitan dengannya.... mungkin aku sendiri dah lupa... (real story behind the memories ...........)
Adios.....
gambar atas sekali:
ReplyDeletekita tengah berlatih drama
yg aku ingat aku jadi nyamuk aedes dan director kot.
memang lawak betul dan drama tu memang best...
gamber no. 2 :
lepas berlatih kita ambil gambar ramai-ramai
Tq Jef..
ReplyDeletekau jadi nyamuk aedes??? kita buat drama putri gunung ledang kot!!! nak cari 7 dulang hati nyamuk!
Sapa hero dalam drama kita tu ha..., rasanya aku kot... pasal aku yang pegang kris..
ataupun paling tidak peranan aku sebagai
hulubalang barua pada raja (Razali) tu kot.. he he he..
aku rasa hero burit,kau balacitapi yg part nyamuk aedes tu sebenarnya iklan dlm drama,macam kat tv - ada iklan masa filem tengah best
ReplyDeleteJef...
ReplyDeleteAku cuba nak masukkan gambar famili aku kat templet dilaman ni... tapi belum dapat edit lagi....
tengok kawan-kawan punya blog, dah tukar macam-macam design... rasanya aku kena masuk course yang Raja buat tu la....
Ni, saja gatal tangan buat macam-macam ni sambil tengok bola premier league.. (MU vs Chelsea) Aku sokong MU - Red Devil
Don, aku tengok blog ko dah makin cantik la...dah make up sana sini.Kalu nak masuk gambar/cerita baru ko taip je kat new post tu.
ReplyDeleteNuar
Sokong MU? Musuh ketatlah kita ni. Aku Liverpool. Dalam bola je, masa sekolah dulu best friends. Kenangan paling manis, pergi double date. Heh heh heh...
ReplyDeleteTenguk kau pakai uniform celoreng tu, teringat aku masa pergi tenguk show Harith Iskandar. Dia buat joke pasal uniform bomba. Dia kata, lebihkurang, uniform askar tu celoreng sama macam hutan sebab taknak musuh nampak dalam hutan. Tapi kenapa uniform bomba celoreng sama dgn api? Takkan taknak orang nampak bomba dalam api kot? Ye tak ye jugak bila aku fikirkan.
Ha. ha. ha... Red Devil masih leading!! masih ada satu game lagi. Aku ni bukannya fanatic sangat pasal EPL ni... tapi dah takde apa nak tengok dinihari... kalau awal malam tu.. famili yang control remote..
ReplyDeletePasal celoreng tu... sebenarnya pakaian tu untuk dipakai semasa menjalankan operasi menyelamat.. bagi public nampak bomba buat kerja!!!! untuk pakaian operasi melawan kebakaran pun kami pakai warna oren... supaya api tak nampak kehadiran kami... hee... he.
Aku musuh ketat MU, musuh longgar Liverpool tp tak sokong mana-mana kelab EPL.
ReplyDeletePasal pakaian celoreng aku pun ada masa jadi kadet kat VI dulu. Skrg ntah pergi mana baju celoreng tu. Othman Ngah masih ada simpan lagi kot sebab dia pun masuk kadet.
Yg jd balaci Buret Raja Ketiak Hanget tu aku dgn fadil blodok la....
ReplyDelete