Assalamualaikum Viewers
Kali ni memang terasa lama betul tak update blog ni..., Sepanjang tempoh lalu agak sibuk sikit, agi pun tak de citer baru yang nak dibuat.... Sejak ada blog sendiri ni, bila pergi kemana-mana tu, cuba gak ambik gambar2 yang menarik... masalahnya, x boleh ambik gambar sendiri!! ambik gambar orang lain buat apa... lagi pun, terasa macam orang pandang semacam je - 'apa hal mamat ni ambik gambar je kerja dia....' (ini mungkin perasan aku je...., tapi begitulah yang aku fikirkan bila tengok org lain yang dok tangkap gambar)
Kali ni aku muatkan gambar fire fighting boat yang JBPM ada... x le secanggih yang ada kat
overseas tu.. kami punya ni bukan buat rondaan setiap masa di laut... bila diperlukan baru kami gerakkan ia untuk ke tempat kejadian. Sekarang ni bukan ke AMM dah ada...!!!, (dan banyak lagi agensi2 penguatkuasaan di laut) kurang le sikit kami buat rondaan menggunakan bot tu.., lagi pun tugas kami cuma untuk memadamkan kebakaran dan menyelamat je.... pasal penguatkuasaan undang2 di laut tu... bomba x de kuasa.
Bila citer pasal undang2 ni... banyak orang tidak tahu yang JBPM pun sebenarnya ada peruntukan undang2 sendiri (Akta 341 - Akta Perkhidmatan Bomba 1988). Jangan pulak tekejut nanti bila ada terima saman dari bomba.. tapi kalau x buat salah... apa nak dikuatirkan. Lagi pun apa-apa perlanggaran kesalahan di bawah peruntukan Akta Bomba ni, akan diberikan notis serta tempoh yang tertentu dahulu.. kalau masih degil x mahu patuhi, baru le di bawa ke mahkamah. Kami juga diberikan kuasa untuk mengeluarkan tawaran kompaun atas kesalahan-kesalahan yang tertentu... (yang berkaitan dengan keselamatan kebakaran) - bukan apa!!! nak jaga keselamatan kau orang gak la tu... supaya sesuatu bahaya kebakaran tu tidak menjadi suatu bencana yang lebih besar.... bak kata pepatah melayu " API, KECIL MENJADI KAWAN-BILA DAH BESAR MENJADI LAWAN". Macam2 program yang JBPM dah buat untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang keselamatan kebakaran.. biasa le orang kita ni...., bila belum kena pada diri sendiri, x ambil peduli pun.... kalau dah kena pun, lama-lama nanti tak ambil peduli gak!!!